Rujukan Dalam Talian

Carian maklumat melalui Internet

NIB (News & Image Bank)
www.nib.com.my

NIB atau News & Image Bank adalah perkhidmatan surat khabar arkib dalam talian, yang menawarkan artikel akhbar, gambar foto dan salinan akhbar dalam bentuk PDF yang diterbitkan oleh The News Straits Times (M) Berhad (NSTP). Semua berita akhbar yang dikeluarkan oleh wartawan NSTP dan diterbitkan dalam akhbar News Straits Times, New Sunday Times, Business Times, Berita Harian, Berita Minggu, Harian Metro, Metro Ahad, Sunday Mail, Malay Mail dan Weekend Mail kecuali berita-berita dari agensi berita lain seperti Reuters, BERNAMA, AP, AFP dan sebagainya. Langganan bagi organisasi minimum RM500 dan tiada tempoh masa. Caj bayaran akan ditolak daripada akaun langganan mengikut kiraan per klik (RM3 bagi prebiu artikel teks penuh). Keistimewaannya semua artikel 7 tahun ke belakang (bermula tarikh semasa) boleh diakses secara percuma. Caj akan dikenakan ke atas Article Retrieval sebanyak RM3 bagi setiap artikel teks penuh. Bagi salinan PDF, caj Full Page PDF bermula RM70 ke atas bagi salinan elektronik apabila prebiu artikel lengkap dalam bentuk PDF.

BLIS (Bernama Library and Infolink Services)

Mengandungi berita dan maklumat mengenai ekonomi, politik, industri perniagaan dan pembangunan sosial di Malaysia. Pengguna PDM boleh mengakses maklumat BLIS ini melalui http://blis.bernama.com dengan bantuan pustakawan Khidmat Pengguna. Merangkumi 10 pangkalan data seperti;

  • Laporan berita Malaysia
  • Keratan akhbar
  • Kalendar peristiwa
  • Laporan perangkaan dan ramalan
  • Personaliti
  • Ucapan
  • Fakta dan angka di Malaysia
  • Laporan sektor
  • Fakta khas Malaysia
  • Direktori

LawNet

Merupakan satu unit di bawah Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) yang menyediakan Perpustakaan Maya Undang-undang Malaysia yang boleh diakses melalui internet menerusi laman web www.lawnet.com.my . LawNet mengandungi pangkalan data Undang-undang Malaysia yang terkini seperti Akta Parlimen (Akta Ibu dan Akta yang telah dikemaskini), Akta Pindaan, Ordinan, Rang Undang-undang, Tambahan Perundangan (A), Tambahan Perundangan (B), Perlembagaan Persekutuan, Kanun Tanah Negara, Kanun Prosedur Jenayah, Kanun Keseksaan dan juga Kaedah-kaedah Mahkamah, Arahan Perbendaharaan dan Perintah Am dan Istilah Undang-undang. LawNet juga adalah peneraju utama kepada perkhidmatan rujukan atas talian Warta Kerajaan Persekutuan dan Negeri yang dikenali juga sebagai E-Gazette.

Comments are closed.