Rakan Dewan

Rakan Dewan adalah satu program keahlian yang membolehkan masyarakat mendapat kemudahan rujukan bahan kepustakaan Melayu, meningkatkan keintelektualan dan kesarjanaan dalam bidang persuratan Melayu serta menyemai minat membaca di kalangan masyarakat. Keahlian terbuka kepada:

  • Individu warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
  • Individu warganegara asing hanya dibenarkan untuk menggunakan kemudahan rujukan sahaja.
  • Organisasi dan institusi kerajaan dan swasta.

Borang keahlian boleh didapati di PDM Ibu Pejabat, Pejabat Cawangan (Sabah dan Sarawak) dan Wilayah (Utara, Selatan dan Timur) atau melalui Laman Web DBP (www.dbp.gov.my).

Yuran Keahlian Rakan Dewan:

Kategori Individu
RM20.00 – 1 tahun
RM30.00 – 2 tahun
RM35.00 – 3 tahun

Kategori Organisasi/Korporat
RM150.00 – 3 tahun

Pemegang kad keahlian akan mendapat keistimewaan berikut;

  • Membeli buku dan majalah terbitan DBP dengan kadar potongan harga sehingga 25 peratus di kedai buku DBP ibu pejabat serta cawangan dan wilayah.
  • Menjadi ahli Pusat Dokumentasi Melayu dan berpeluang mendapat perkhidmatan penyelidikan dan kemudahan pinjaman buku.
  • Menerima secara berkala buletin PDM dan maklumat mengenai program dan kegiatan tahunan DBP.
  • Keahlian dan keistimewaan-keistimewaan tertentu pemegang Kad Rakan Dewan adalah tertakluk kepada tempoh sah keahliannya.
  • Sekiranya Kad Rakan Dewan hilang atau rosak, laporkan segera dan bayaran sebanyak RM10.00 akan dikenakan untuk mendapat kad gantian.

Comments are closed.