Muzium

Muzium Bahasa dan Persuratan Melayu (MBPM)

Muzium yang baru saja ditubuhkan ini berperanan dalam pengumpulan, pendokumentasian, pemeliharaan dan pameran maklumat, koleksi-koleksi dan objek-objek tentang sejarah dan perkembangan bahasa dan persuratan Melayu di Malaysia, Alam Melayu dan di kalangan diaspora Melayu. Di samping itu, muzium ini akan
menjadi pusat sumber pendidikan terutama yang berkaitan dengan hal-hal pemupukan, penyuburan serta pemurnian semangat patriotik dan nasionalisme masyarakat.

Matlamat muzium:

  • Sebagai sebuah institusi untuk mengumpul, mendokumen, memelihara serta mempamer maklumat-maklumat dan objek-objek mengenai sejarah perkembangan dan kemajuan bahasa dan persuratan Melayu.
  • Sebagai pusat sumber pendidikan bagi kegunaan pelbagai lapisan pelawat.
  • Sebagai pusat untuk menanam semangat di kalangan generasi muda supaya meneruskan kesinambungan sejarah perkembangan bahasa dan persuratan

Comments are closed.