Monograf

PDM merupakan perpustakaan khusus dalam bidang bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan Melayu. Pada awal tahun 1971, Unit Dokumentasi Sastera cawangan Dokumentasi Sastera DBP telah menyerahkan koleksi kepada perpustakaan yang terdiri daripada koleksi pita rakaman cerita rakyat, keratan akhbar dan fail penulis. Bermula dari saat itu, kerja pendokumentasian maklumat bahasa, sastera Melayu tempatan dan luar negeri diteruskan.

Usaha memperoleh selengkap mungkin koleksi kepustakaan Melayu telah dilaksanakan PDM hampir lima dekad. Kepelbagaian sumber dan rujukan bertujuan memenuhi keperluan penyelidikan dan aspresiasi dalam bidang persuratan Melayu. Bahan bercetak merupakan asas kepada wadah kepustakaan Melayu yang sering mendapat perhatian pengguna dan penyelidik tempatan mahupun luar negeri. Sehingga 1 Jun 2011, PDM telah mengumpulkan 159,970 naskhah monograf yang meliputi buku, kertas kerja, tesis, risalah dan buku cenderamata.

Comments are closed.