Koleksi Khas

Bahan Nadir

Terbitan-terbitan awal sebelum tahun 1960-an yang merangkumi buku, akhbar dan majalah.

Manuskrip

Bermula dengan penubuhan Perpustakaan DBP (1956), dilaporkan sejumlah 30 judul naskhah asal (tulisan tangan) dan 40 naskhah salinan mikrofilem dan salinan foto bahan kesusasteraan Melayu lama telah dikumpulkan pada tahun-tahun 1950-an dan didokumentasikan sebagai koleksi khas. Sehingga kini, PDM telah mengumpulkan 238 judul manuskrip tulisan tangan Jawi meliputi bidang bahasa, kesusasteraan, undang-undang, hukum, perubatan tradisional, astronomi, hal ehwal Islam dan sebagainya. Penyimpanan di bilik khas yang mempunyai ciri keselamatan adalah untuk memastikan kawalan rapi ke atas bahan tersebut. Penghawa dingin sepenuh masa serta dilengkapi sistem pemasang automatik jika berlaku gangguan bekalan elektrik. Koleksi ini juga dikatalog dan tersimpan di dalam peti kebal kalis api.

Tesis / Disertasi

Koleksi tesis / disertasi ini ditempatkan di tingkat 4 dan koleksi ini terdiri dari hasil penyelidikan dari staf DBP sendiri. Kebanyakkan koleksi ini meliputi bidang bahasa, kesusasteraan dan penerbitan.

Buku Cenderamata / Risalah

Buku-buku cenderamata, risalah dan brosur bagi sesuatu majlis rasmi sama ada anjuran DBP mahupun institusi luar yang berkaitan bahasa, sastera dan penerbitan. Contohnya brosur-brosur seminar, bangkel, kursus, pelancaran buku, teater dan sebagainya. Bahan dikatalog sebagai koleksi rujukan, dan ia boleh didapati melalui rujukan sahaja.

Fail Dokumentasi

Koleksi ini terdiri dari keratan-keratan akhbar yang dikumpulkan dalam fail sehingga tahun 1991. Pecahan fail tersebut adalah seperti berikut;

  • Anugerah, Hadiah, Peraduan dll
  • Bahasa
  • Kegiatan Bahasa (Bengkel, Persidangan, Seminar dll)
  • Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Kebudayaan
  • Kegiatan Kebudayaan (Bengkel, Persidangan, Seminar dll)
  • Kesusasteraan
  • Kegiatan Kesusasteraan (Bengkel, Persidangan, Seminar dll)
  • Penulis Dalam Negeri
  • Penulis Luar Negeri
  • Persatuan Kebudayaan
  • Persatuan Penulis
  • Umum (Bengkel, Persidangan, Seminar dll)

Arkib DBP

Ini merupakan koleksi induk semua terbitan DBP yang dicetak mulai tahun 1956. Selain itu, terdapat bahan yang dirakam dalam pita video, pangkalan data, risalah dan buletin diproses sebagai bahan arkib. Koleksi ini ditempatkan di Sanggar Za’ba, Tingkat 1, Menara DBP.

Koleksi Peribadi

  • Asraf
  • Othman Khamis (Nilawati Kedah)
  • Hassan Sahat
  • Norhisham Mustafa
  • Othman Zainuddin
  • Rejab F. I.
  • Talib Y. K

Comments are closed.