Cawangan Sabah

PDM CAWANGAN SABAH

Peranan PDM Cawangan Sabah adalah untuk membina maklumat dan koleksi bahasa dan sastera Melayu termasuk bahasa dan sastera tempatan. Satu koleksi khas yang digelar Koleksi Sabah telah mula dibina sejak 1980-an. Bahan-bahan dalam koleksi Sabah merangkumi bahan-bahan yang diterbitkan pada tahun 50-an sehingga kini. Buku-buku yang diterbitkan oleh Biro Kesusasteraan Borneo pada tahun 60-an adalah merupakan bahan-bahan yang dijadikan sebagai asas kepada koleksi ini. Selain ini, koleksi selebihnya adalah terdiri dari buku, majalah, kertas kerja, fail dokumentasi penulis dan persatuan penulis Sabah dan juga bahan bukan buku seperti kaset, video dan cakera padat. PDM Cawangan Sabah akan terus memperoleh bahan-bahan untuk memperkaya khazanah bahasa dan sastera Melayu di Sabah khususnya.

Comments are closed.