Cawangan Sarawak

PDM CAWANGAN SARAWAK

Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak ditubuhkan pada tahun 1981 dengan koleksi lebih kurang 2,500 naskhah buku pelbagai bidang yang diwarisi daripada Biro Kesusasteraan Borneo, satu badan kerajaan yang diambil alih oleh DBP dalam tahun 1977. Pada tahun 1980, wujudnya ‘Koleksi Tempatan’ iaitu satu koleksi kecil buku-buku tentang Sarawak yang bukan sahaja dihasilkan oleh penulis-penulis tempatan malah penulis luar yang menulis tentang Sarawak. Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak diberi nama PDM Tun Hamdan Sheikh Tahir apabila DBP Cawangan Sarawak berpindah ke bangunan sendiri di Petra Jaya.

Koleksi Borneo merupakan hampir satu perempat daripada jumlah keseluruhan bahan yang terdapat di PDM Tun Hamdan Sheikh Tahir. Selain itu, antara koleksi yang ada di PDM Tun Hamdan Sheikh Tahir ialah keratan akhbar, pita video, gambar foto. Ia boleh dimanafaatkan oleh bukan sahaja karyawan DBP malah masyarakat umum, khasnya para penyelidik bahasa, sastera dan budaya.

Comments are closed.