Peraturan

  • Memakai pakaian kemas dan sopan.
  • Memelihara kebersihan perkakasan dan persekitaran PDM dengan memberi perhatian seperti;
    1. memakai kad keahlian/staf semasa berada di PDM
    2. meletakkan buku yang telah digunakan di atas troli yang disediakan
    3. menggunakan bakul sampah bila perlu
    4. tidak membawa makanan dan minuman atau merokok
    5. tidak merosakkan khazanah PDM
  • Memelihara ketenteraman PDM dan ahli-ahli lain.
  • Meninggalkan barang-barang milik peribadi seperti fail, buku, payung, kamera, perakam kaset, permainan video, telefon bimbit dan seumpamanya di tempat simpanan barang yang disediakan di pintu masuk.
  • PDM tidak bertanggunjawab terhadap kehilangan atau kerosakan barangan atau alat tulis yang ditinggalkan di atas meja.
  • Mengambil gambar PDM hanya dengan kebenaran Pustakawan.
  • Melaporkan dengan segera kehilangan kad keahlian kepada PDM dan sebarang pertukaran alamat.
  • Menunjukkan buku dan bahan yang dipinjuam kepada petugas kaunter untuk tujuan pemeriksaan apabila keluar dari PDM.
  • Kanak-kanak tidak dibenarkan berada di PDM.
  • Tindakan yang sewajarnya akan diambil terhadap ahli yang tidak mematuhi peraturan.

Comments are closed.